smile

Rabu, 19 September 2012

Ahad, 9 September 2012

ETIKA PROFESIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT

Objektif :
 1. Mengetahui masalah moral dan isu etika komputer
 2. Memahami prinsip etika komputer
 3. Memahami etika profesional TM
 4. Mengetahui fungsi kod etika profesional
 5. Keperluan etika komputer

Etika Komputer

Etika komputer umumnya adalah satu bidang mengenai penggunaan komputer yang betul (panduan). Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu/dilema yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat. Penggunaan TM + x bertanggungjawab = isu etika/natijah

Masalah Moral dan Etika

1. Penggertak (Cracker) Cracker ialah golongan yang menceroboh ke dalam sistem komputer dan merosakkan sistem yang ada dengan tujuan utama membuat keuntungan.Cracker tidak menulis program untuk membangunkan perisian tetapi menggunakan perisian yang dibangunkan orang lain untuk tujuan kemusnahan. Cracker tidak mempunyai etika kerja yang baik.

2. Penyalahgunaan Internet Konsep ‘langit terbuka’ yang dilaksanakan oleh negara kita telah mengundang banyak implikasi buruk kepada para pengguna Internet terutamanya di kalangan remaja.

3. Virus Sebarkan virus - merosakkan sistem, data, perisian, melumpuhkan rangkaian komputer.

4. Hakcipta Memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran adalah salah dari segi undang-undang hakcipta. Keizinan daripada pemiliknya adalah perlu.

 Prinsip Etika Komputer

1. Keseimbangan Kebaikan yang dibawa oleh teknologi maklumat mestilah lebih baik daripada risiko dan keburukan.
2. Keizinan termaklum Mereka yang menerima kesan teknologi maklumat mesti faham dan menerima risiko yang akan dihadapi. Apabila mereka telah faham maka mereka lebih bersedia menerima sebarang risiko yang timbul.

KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN

Penggunaan ICT didalam bidang pendidikan, khususnya teknologi multimedia telah bermula sejak awal tahun 1990an. Di dalam era globalisasi ini, ICT telah dilihat sebagai satu alat yang telah mencetuskan anjakan paradigma yang telah mengubah kaedah pendidikan cara tradisonal kepada satu metod yang lebih cekap, fleksibel dan efektif. Dewasa ini kebanyakkan institusi pendidikan telah mula memperkenalkan pelbagai kaedah pembelajaran yang berasaskan kepada ICT seperti pembelajaran secara atas talian, courseware, sidang video dan sebagainya. Strategi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran telah banyak digunakan oleh institusi pendidikan terutama di institusi pengajian tinggi.

Keadaan yang sama juga telah berlaku di peringkat sekolah, misalnya di sekolah-sekolah bestari, pengajaran sains, matematik, bahasa Inggeris dan pengajaran bahasa Melayu telah dijalankan dengan menggunakan komputer. Pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran sains yang dijalankan dengan menggunakan komputer, bukan sahaja untuk tujuan pengajaran asas tetapi juga untuk tujuan mengira dan membuat simulasi.

Terdapat banyak takrifan mengenai pengajaran berbantukan komputer. Di dalam bahasa Inggeris ia dipanggil ‘Computer Aided Instruction’ dengan singkatan CAI. Panggilan lain seperti ‘Computer Based Instruction/Education’, ‘Computer Augmented Instruction’, ‘Computer Administered Instruction’, ‘Computer Managed Instruction’, ‘Computer Based Learning’, ‘Computer Enriched Instruction, dan sebagainya. Sedikit sebanyak perbezaan istilah ini mungkin akan mengelirukan terutamanya kepada orang yang masih baru dalam dunia komputer. Sebenarnya ia menggambarkan perkembangan yang pesat dalam bidang ini. Dua singkatan yang paling popular ialah CAI dan CAL. Umumnya CAI digunakan di Amerika Syarikat, manakala CAL lebih popular di negara-negara Eropah. Bagaimanapun kedua-duanya adalah bermaksud penggunaan komputer bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

Berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi mencapai matlamat pendidikan di Malaysia dan hala tuju Wawasan 2020, satu anjakan paradigm diperlukan tentang penggunaan teknologi di sekolah. Oleh itu pada awal tahun 1996, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan konsep Sekolah Bestari yang bermula pada Januari 1999. Pemikiran baru dalam pendidikan,perkembangan teknologi dan ledakan maklumat memaksa kita melihat dan mengubah proses pengajaran dan cara menguruskan kurikulum sesuai dengan era tersebut.

Pihak kerajaan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia telah membekalkan kemudahan komputer dalam proses mewujudkan Sekolah Bestari. Pada tahun 2005 sebanyak 90% sekolah di seluruh negara telah dibekalkan dengan kemudahan komputer. Sebanyak 5,037 buah sekolah mempunyai makmal komputer, sejumlah 133,724 unit komputer telah dibekalkan di sekolah-sekolah dan terdapat 5,026 unit server telah dipasang di sekolah-sekolah di seluruh Negara termasuk sekolah-sekolah di luar bandar.

Pembelajaran Berbantukan Komputer ialah satu situasi pembelajaran di mana pelajar-pelajar berinteraksi dan dibimbing computer melalui satu proses pembelajaran terancang yang bertujuan untuk mencapai matlamat pembelajaran tertentu. PBK merupakan penggunaan komputer untuk menyampaikan pengajaran kepada pelajar-pelajar, iaitu interaksi antara sistem komputer dengan pelajar-pelajar untuk membantu mereka tentang bahan yang telah dipelajari. Secara umumnya PBK ialah penggunaan komputer dengan satu program yang sistematik dan teratur oleh pelajar dan guru untuk sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan satu interaksi yang aktif antara pelajar dengan komputer.Pelaksanaan pengajaran berbantukan komputer di institusi pendidikan sentiasa dikaitkan dengan dua isu utama iaitu pertama, adakah guru akan menggunakan sepenuhnya sistem berkenaan dan keduanya adakah pelajar akan memperoleh faedah darinya.

Kemunculan Pengajaran Berbantukan Komputer Multimedia (MCAI) dalam arena pendidikan kini merupakan jawapan kepada persoalan di atas. MCAI memudahkan guru menyampaikan pengajaran dengan berkesan. Pembelajaran berbantukan komputer (PBK) dapat memberi impak yang baik dalam proses pengajaran dan pembelajaran seseorang pelajar terutamanya pelajar yang berada pada tahap pencapaian akademik rendah. Ini kerana pelajar-pelajar di tahap pencapaian akademik rendah kebiasaannya memerlukan pelbagai kombinasi medium dalam pembelajaran mereka seperti visual yang bergerak, animasi, teks, muzik dan grafik, di mana kesemua medium ini terdapat dalam multimedia yang boleh didapati di dalam pembelajaran berbantukan komputer. Ini sejajar dengan peribahasa Cina yang berbunyi,”saya dengar, saya akan lupa, saya lihat, saya akan saya ingat, dan apabila saya lakukan saya akan faham.”

Pelbagai sumber rujukan yang disediakan khusus untuk para pelajar seperti berikut;
 i.) TUTORAN ;
Mengandungi modul berintraktif yang merangkumi 3 tahap pembalajaran, iaitu peringkat rendah, menengah rendah dan menengah atas untuk 4 mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
 ii.) Belajar IT;
Tutoran tentang perisian aplikasi pejabat seperti pemprosesan perkataan dan hamparan kerja, penyunting HTML, penyunting grafik, glosori IT, pemasagan komputer, rangkaian dan pautan kepada beberapa tutoran pilihan dan perisian percuma di internet.
iii.) Tahukah Anda: 
Maklumat tentang pelbagai keajaiban dan fakta berkaitan sains, geografi, manusia dan Seni Bina.
iv.) Perkongsian Pintar:
Panduan dan petua dari guru siber untuk pelajar menyiapkan sesuatu projek termasuk perkongsian maklumat antara pelajar.
v.) Forum:
Ruangan untuk pelajar berkongsi dan bertukar-tukar pendapat dan pengalaman secara atas talian sahaja.
vi.) Bahan-bahan Lain: 
Berita, artikel, petua kemahiran belajar, bicara IT, pautan e-pembelajaran tempatan, e-mail, akhbar dan majalah.

DEDIKASI BLOG

Dedikasi Blog ini Untuk Anak-Anak Kesayanganku

POSTER UPSR

KHAS Untuk semua murid Tahun 6 SK Gita, Kuching

Sabtu, 7 Julai 2012

BMM3105 (dipetik dpd puan liza ipgktar)


Tajuk Kursus:
1 Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu

2 Menggunakan Internet, Enjin Pencari Bahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

3 Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet

4 Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

5 Membina dan Menggunakan Tapak, Laman Web Pembelajaran dan Pakej Tutorial  

6 Membina dan Mengaplikasikan Struktur Perpautan dalam Penyusunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

7 Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

8 Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian dan Luar Talian

9 Mengedit Bahan Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian Menjadi Brosur, News Letter, dan  Kad Pengumuman

10 Membina Bahan Video dan Audio Untuk Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

11 Pengajaran Bahasa Melayu Secara Sidang Video

12 Menggunakan Alat Pengarangan dalam Pengajaran Bahasa Melayu

13 Mereka Cipta Animasi dalam Persembahan Bahan Pengajaran Bahasa Melayu

14 Bengkel Cakera Padat Pembelajaran dalam Pengajaran Bahasa Melayu

15 Seminar dan Pameran TMK Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Dekad Kini dan Mendatang