Penggunaan ICT didalam bidang pendidikan, khususnya teknologi multimedia telah bermula sejak awal tahun 1990an. Di dalam era globalisasi ini, ICT telah dilihat sebagai satu alat yang telah mencetuskan anjakan paradigma yang telah mengubah kaedah pendidikan cara tradisonal kepada satu metod yang lebih cekap, fleksibel dan efektif. Dewasa ini kebanyakkan institusi pendidikan telah mula memperkenalkan pelbagai kaedah pembelajaran yang berasaskan kepada ICT seperti pembelajaran secara atas talian, courseware, sidang video dan sebagainya.
Strategi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran telah banyak digunakan oleh institusi pendidikan terutama di institusi pengajian tinggi.
Keadaan yang sama juga telah berlaku di peringkat sekolah, misalnya di sekolah-sekolah bestari, pengajaran sains, matematik, bahasa Inggeris dan pengajaran bahasa Melayu telah dijalankan dengan menggunakan komputer. Pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran sains yang dijalankan dengan menggunakan komputer, bukan sahaja untuk tujuan pengajaran asas tetapi juga untuk tujuan mengira dan membuat simulasi.
Terdapat banyak takrifan mengenai pengajaran berbantukan komputer. Di dalam bahasa Inggeris ia dipanggil ‘Computer Aided Instruction’ dengan singkatan CAI. Panggilan lain seperti ‘Computer Based Instruction/Education’, ‘Computer Augmented Instruction’, ‘Computer Administered Instruction’, ‘Computer Managed Instruction’, ‘Computer Based Learning’, ‘Computer Enriched Instruction, dan sebagainya. Sedikit sebanyak perbezaan istilah ini mungkin akan mengelirukan terutamanya kepada orang yang masih baru dalam dunia komputer. Sebenarnya ia menggambarkan perkembangan yang pesat dalam bidang ini. Dua singkatan yang paling popular ialah CAI dan CAL. Umumnya CAI digunakan di Amerika Syarikat, manakala CAL lebih popular di negara-negara Eropah. Bagaimanapun kedua-duanya adalah bermaksud penggunaan komputer bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran.
Berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi mencapai matlamat pendidikan di Malaysia dan hala tuju Wawasan 2020, satu anjakan paradigm diperlukan tentang penggunaan teknologi di sekolah. Oleh itu pada awal tahun 1996, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan konsep Sekolah Bestari yang bermula pada Januari 1999. Pemikiran baru dalam pendidikan,perkembangan teknologi dan ledakan maklumat memaksa kita melihat dan mengubah proses pengajaran dan cara menguruskan kurikulum sesuai dengan era tersebut.
Pihak kerajaan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia telah membekalkan kemudahan komputer dalam proses mewujudkan Sekolah Bestari. Pada tahun 2005 sebanyak 90% sekolah di seluruh negara telah dibekalkan dengan kemudahan komputer. Sebanyak 5,037 buah sekolah mempunyai makmal komputer, sejumlah 133,724 unit komputer telah dibekalkan di sekolah-sekolah dan terdapat 5,026 unit server telah dipasang di sekolah-sekolah di seluruh Negara termasuk sekolah-sekolah di luar bandar.
Pembelajaran Berbantukan Komputer ialah satu situasi pembelajaran di mana pelajar-pelajar berinteraksi dan dibimbing computer melalui satu proses pembelajaran terancang yang bertujuan untuk mencapai matlamat pembelajaran tertentu. PBK merupakan penggunaan komputer untuk menyampaikan pengajaran kepada pelajar-pelajar, iaitu interaksi antara sistem komputer dengan pelajar-pelajar untuk membantu mereka tentang bahan yang telah dipelajari.
Secara umumnya PBK ialah penggunaan komputer dengan satu program yang sistematik dan teratur oleh pelajar dan guru untuk sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan satu interaksi yang aktif antara pelajar dengan komputer.Pelaksanaan pengajaran berbantukan komputer di institusi pendidikan sentiasa dikaitkan dengan dua isu utama iaitu pertama, adakah guru akan menggunakan sepenuhnya sistem berkenaan dan keduanya adakah pelajar akan memperoleh faedah darinya.
Kemunculan Pengajaran Berbantukan Komputer Multimedia (MCAI) dalam arena pendidikan kini merupakan jawapan kepada persoalan di atas. MCAI memudahkan guru menyampaikan pengajaran dengan berkesan. Pembelajaran berbantukan komputer (PBK) dapat memberi impak yang baik dalam proses pengajaran dan pembelajaran seseorang pelajar terutamanya pelajar yang berada pada tahap pencapaian akademik rendah. Ini kerana pelajar-pelajar di tahap pencapaian akademik rendah kebiasaannya memerlukan pelbagai kombinasi medium dalam pembelajaran mereka seperti visual yang bergerak, animasi, teks, muzik dan grafik, di mana kesemua medium ini terdapat dalam multimedia yang boleh didapati di dalam pembelajaran berbantukan komputer. Ini sejajar dengan peribahasa Cina yang berbunyi,”saya dengar, saya akan lupa, saya lihat, saya akan saya ingat, dan apabila saya lakukan saya akan faham.”
Pelbagai sumber rujukan yang disediakan khusus untuk para pelajar seperti berikut;
i.) TUTORAN ;
Mengandungi modul berintraktif yang merangkumi 3 tahap pembalajaran, iaitu peringkat rendah, menengah rendah dan menengah atas untuk 4 mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
ii.) Belajar IT;
Tutoran tentang perisian aplikasi pejabat seperti pemprosesan perkataan dan hamparan kerja, penyunting HTML, penyunting grafik, glosori IT, pemasagan komputer, rangkaian dan pautan kepada beberapa tutoran pilihan dan perisian percuma di internet.
iii.) Tahukah Anda:
Maklumat tentang pelbagai keajaiban dan fakta berkaitan sains, geografi, manusia dan Seni Bina.
iv.) Perkongsian Pintar:
Panduan dan petua dari guru siber untuk pelajar menyiapkan sesuatu projek termasuk perkongsian maklumat antara pelajar.
v.) Forum:
Ruangan untuk pelajar berkongsi dan bertukar-tukar pendapat dan pengalaman secara atas talian sahaja.
vi.) Bahan-bahan Lain:
Berita, artikel, petua kemahiran belajar, bicara IT, pautan e-pembelajaran tempatan, e-mail, akhbar dan majalah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan